Friday, October 22, 2010

Facebook, Myspace

Laman-laman web di atas memang hot di kalangan remaja dan dewasa. Gua?, Gua ada dua, tapi myspace gua tak into sangat. Tujuan gua tulis pasal ni adalah kerana gua naik hairan dengan penghijrahan student-student myspace ke Facebook. Dulu punyalah hebat sangat di Myspace, sekarang sibuk-sibuk nak sign up akaun facebook. Kalau dulu, siapa yang takda myspace memang akan di ejek ketinggalan, sekarang bila myspace dah kurang popular dan facebook pula menjadi kegilaan, mulalah mintak tolong student facebook macam mana nak reka akaun.

Gua nak cerita panjang pun takda guna, bak kata pak piee " biak p la depa!,". Di sini gua sertakan foto Pak Piee dalam scene filem Sifu dan Tongga!


Thursday, September 9, 2010

2 hari sebelum ekzem

Hapa jadah gua tulis blog.Sepatutnya sekarang,gua duduk dalam bilik baca buku,buat latihan DLL.Ahh,adik kembar gua boleh jalan-jalan cari pasal lagi ke kuantan.Hapa cerita?!

Ok,selepas periksa haram jadah ni gua akan mula balik segala kegiatan-kegiatan dan modus operandi yang tergendala selama ni.Gua akan mula balik menulis blog dan mungkin akan berfesbuk sampai mak gua bising.Mungkin juga gua akan tidur sampai mak gua spray dengan air baru gua bangun.Mungkin juga gua akan menderma duit-duit raya gua di pusat beli belah.Mungkin juga gua akan merayau tak tentu hala sampai tak hingat nak balik dengan kutu-kutu.Mungkin gua akan main Playstation Portable tu sampai jahanam.Mungkin juga gua balik kampung teman nenek dengan atok.Mungkin juga gua buat part time di di warung-warung.

Dalam saat-saat terakhir ni memang tak elok sangat belajar sampai air liur meleleh atas buku.Gua kalau study ni memang gua nak tak nak je.Nak menulis blog pun gua takda mood,asyik fikir pasal study aje.(ok yang ni gua tipu).Dulu masa form 1 taknak belajar betul-betul.Dah masuk form 2 ada peningkatan awal tahun tapi tengah tahun macam haram.Masuk form 3 memang gua changing true-true.Takda dah terlibat dalam sindiket-sindiket haram di sekolah.Sorang kutu pernah kata ke gua dia kata....."sebenarnye an,petang kita kene main..tak boleh study",...Bila gua pikir-pikir balik,ada betulnya jugak kata kutu tu.Dulu masa gua tinggal di asrama,petang petang dewan prep tu memang kosong,lengang tak da orang.Da lah gua nak belek buku sejarah 2-3 muka surat pulak.


Kakinota: Ini bukan sekuel entri 2 BULAN SEBELUM PEPERIKSAAN!

Thursday, August 26, 2010

Karya Rambo

Rambo(bukan nama sebenar) ialah salah seorang membe baik gua di sekolah.Beliau boleh juga dikelaskan sebagai penulis amatur.Ini kerana,beliau telah menghasilkan satu tulisan asli yang gua kira boleh mengalahkan novel bersiri twailiait karya stepahanie meyers.Sama-sama kita baca


During the last holidays,my family and I went to funtosa island.Since the Funtosa Island is far,we decided to left early.So,about 11 o'clock in the morning,we leave our house with so many sweet memories that we never forgotted.After 11 hour sitting in the boat,we finally arrived at the jetty of the Funtosa island.My brother was so happy till he pee on his pant.After that,we decided to stay at the Batu Miami Beach Hotel.We decided to stay there because we are rich family,and my father son't want his reputation go down.After check in,we take a nap until dawn.

In the next morning,we decide to go to funtosa water world to take a shower.It was the first experience to take a shower in public.Moreover,my brother and I was naked.After finish showering,we decided to go back to hotel and watched television until midnight.At 4 a.m mother woke up us to having a sahur.Mother has bring food from home.It was tough day without food and water but with great determination we kept going fasting.

At 7.30 pm we decided to open fasting at Seafood Restaurant.The food is not that good.Me with angry feeling scolded the manager of the restaurant.It was a big chaos that time.It also my mistake and because of that me and my family were kicked out from the restaurant.After a nightmare moment,we went back to the hotel.We never felt satisfied of fun in Funtosa island.So we did with our own style to feel fun.We decided to went to karaoke at 3 in the morning.After 15 minutes the someone knock our door.It was other customer who wanted to join us.We thought we will get scold by him,but luckily he just want to join us.After that,the hotel manager came and kicked us out from the hotel.After 3 days in the islanf with no food and drinks,we decided to go back home with depress fellings.My family and i advised our neighbourhood and friends to do not having holiday at the Funtosa Island because there is no FUN in that island.


Karya ini tidak lansung ditokok tambah oleh gua.Karya ini terus dari air tangan si rambo.Kesalahan bahasa dan ejaan harap diampun pesan rambo ke gua



P/S: WTH RAMBO...APA JADAH YANG LU TULIS NI!

Saturday, August 14, 2010

Kata Orang Kaya

Kira-kira jam 8.30 gua masuk bilik lepas rehat 30 minit di ruang tamu.Objektif gua masuk bilik adalah semata-mata nak ngulang kaji.Hendak dijadikan cerita,tiba-tiba henset nokia 2630 gua berbunyi.Gua tgk skrin paparan gua dapat satu mesej dari sorang kutu nama 'bakar' atau lebih dikenali sebagai 'burn'(BUKAN NAMA SEBENAR).Mesejnya menanyakan tentang kenapa pakcik najib yakni perdana menteri kita tu taknak mansuhkan PMR.Dalam kira-kira 40 minit gua berbahas dengan kutu gila najib tu gua mula naik panas.Lantaran itu gua hantar satu mesej bunyi"

Gua: Lu tak teks makwe lu?

Kutu: Dye xde kedit

Gua: Pui,kata orang kaya

Kutu: Dh abes kot..bru abes tadi..xkn nak kuar mlm2.

Gua: Kata orang kaya...snik aot jela..

Kutu: Kang kene rogol mlm2 baru tau...

Gua: Kata orang kaya..rogol jela

Kutu: MENCAROT..tros masuk SMM melaka kang ..ohh(sekolah murid mengandung)

Gua: Kata orang kaya..masok jela...

Terus kutu tu tak layan gua dah..

Saturday, July 31, 2010

Jangan nak ngada-ngada 2..

Sudahla lu.Ngada-ngada suka orang,dah la da prinsip.Prinsip kata "no couples".Tapi sekarang hapa jadi?.Suka orang tu la,orang ni la.Ngada-ngada sangat.Dah lah pengecut.Potong je la anu lu bagi anjing depan rumah makan.Lu cerita belakang lebat la.Bila depan perempuan lu barai.Lu ni memang ngada-ngada la ameer.Lu lupakan aja la hasrat lu nak ke makwe tu.makwe tu bukan suka lu pun.Lu aja angau lebih.Poyi belajo dulu.Dengar cakap mak bapak lu tu.-____-










notakaki: ayat diatas gua tulis ke gua sendiri.bukan untuk mamat lain.

Brandon Boyd



Nama beliau adalah brandon boyd.Beliau merupakan vokalis utama kumpulan rock Incubus.Gua memang minat dengan dia ni.Suaranya boleh tahan.Tapi yang gua tahu,gua lagi hensem dari dia ni.Kalau setakat Diana Danielle pandang-pandang gua,gua buat-buat tak pandang saja.Ini antara gambar-gambar baru dan lama beliau,yang gua kira boleh juga mencairkan makwe-makwe...





































Friday, July 30, 2010

nitrus kamu

For you(gua tak jiwang)





Thursday, July 29, 2010

cerita

Khamis semalam gua tonton satu cerita.Cerita dia tajuk tajuk hapa entah gua tak ingat.Gua memang pelupa.Ceritanya agak menarik.Garapannya cun.Yang penting sekali gua tengok tak bosan.

Permulaannya agak menarik.Tak silap gua heronya Si wolverine dalam cerita X-men tu.Heroinnya pula entah sapa entah.Sampai di pertengahan cerita ada satu dialog hero x-men tu yang membuatkan gua terfikir panjang.Dialognya berbunyi begini.

"AHHH come on!,u lived in fantasy.There is no true love,romance and great relationship," kata beliau.

Lebih kurang cenggituh la.Gua tak ingat sangat.Gua terfikir panjang.Gua terfikir panjang hingga melencong ke Mexico.Gua terfikirkan sorang kutu nama nabil dengan satu makwe.

Nabil:Gua terfikirkan kutu ni sebab kutu ni pernah cakap ke gua, dia kata gini,

"aku nanti besar taknak kawin muda.Aku nak carik duet bebanyak,aku dok sorang kondo.Kereta besar.Pastu main tukar-tukar gelfren,".kata beliau.Lebih kurang cenggituh la.Gua rasa ada juga kaitannya dengan dialog hero yang macam gua tulis kat atas tadi.

makwe: sebab makwe ni.Makwe yang gua cerita kat entri yang lepas.Gua tak tau la hapa nak cakap.

Ending cerita tu biasalah happy.Jam 5 petang gua pecut pergi amik adik-adik gua di fardu ain.

Saturday, July 24, 2010

2 bulan sebelum peperiksaan

Pmr semakin menjelang tiba.Gua masih lagi dalam dalam keadaan koma.

Petang sabtu selepas tamat cerita indonesia kegemaran adik gua,gua terus pecut ke dapur buat neskepe.Gua capai gelas berdekatan picit tuang air panas setengah gelas.Gua capai serbuk neskepe.Gua kaut hujunh sudu.Gua kacau

"keting,keting,keting,keting",...gua capai bekas gula atas almari.Gua letak 2 sudu gula dalam bancuhan neskepe tadi.

"keting,keting,keting,keting",gua kacau lagi.Aroma neskepe menusuk masuk ke hidung gua.Gua gerak ke ruang tamu.Lalu aadik gua bersuara.

"kemas rumah,buang sampah,ibu balik kejap lagi",kata adik gua perlahan.Gua buat tak endah saja.Gua pandang keluar tingkap,kedengaran suara adik-adik dan sepupu sepapat gua menjerit macam orang gila diluar.Gua memikirkan masa depan gua.Peperiksaan Pmr bakal menjelang,gua masih lagi dihadapan komputer riba pada setiap minggu.Nak sentuh buku haram.Hari sekolah gua sentuh la.Pergi tusyen tiap-tiap malam,belajar di sekolah bagai nak gila.Tapi bila balik rumah,satu hapa gua tak buat.Tidur ada la.Tiap-tiap hari gua mengeluh pasal nasib gua.

Perubahan tiada langsung.Gua rasa ada benda yang tak kena dengan gua.Mungkin dengan gua,atau guru-guru.Cakap pasal cikgu,dah berapa ramai gua kutuk.Dengan mak bapak....hmmmmm....gua tulis entri sebab ini mungkin entri last gua.

Muse - Sing for absolution (Acoustic)


lips are turning blue...
a kiss that can't renew..
i only dream of you..
My beautiful...

Tip toe to your room..
a starlight in the gloom..
i only dream of you..
And you never knew..

Sing for absolution..
I will be singing..
Falling from your grace..

There's nowhere left to hide..
In no one to confide..
The truth burns deep inside..
And will never die..

Lips are turning blue..
A kiss that can't renew..
I only dream of you...
And you never knew...
Sing for absolution....
I will be singing...
Falling from your grace...

Our wrongs remains unrectified...
And our souls won't be exheimed....


Friday, July 23, 2010

Foto-foto






Antara foto-foto yang menarik ialah..

KING OF DRUM MUSE


wembley 2007

gembira selepas membuat persembahan
matt vokalis dan gitar utama MUSE


Macbeth shoes



johnny depp




memenangi anugerah






pemain bass muse

Thursday, July 22, 2010

Jangan nak ngada-ngada

Gua asyik memikirkan pasal satu makwe semenjak dua menjak ini.Sampai terbawa-bawa dalam mimpi.Selalunya gua mimpi gua perform dekat Wembley,tapi semenjak 2 minggu lepas mimpi pula pasal makwe yang umurnya tua setahun dari gua tu.Orangnya bijak.Kelas nombor 1 rasanya.Nak kata lawa,boleh la.Orait juga pada gua sebenarnya.Memang orait la.Gua nak kata suka,semua perempuan gua suka.Tapi ini makwe lain banyak nampak gayanya.Kalau ikut saiz,makwe ni memang kalah dengan gua.Saiznya memang kecil,tapi kematangannya terserlah.
Tapi dua hari lepas gua tak nampak kelibat beliau.

Sunday, July 11, 2010

'Rare'

Hari ni satu peristiwa yang' rare' telah berlaku.Taman perumahan rumah gua dikejutkan dengan satu kes bunuh diri.Mengikut keterangan pakcik cina depan rumah,Kejadian berlaku lebih kurang pada pukul 8 atau 9.Lebih kurang camtu la.Orang cina.Terjun dari tingkat 4.Kata pakcik cina tu.Gua dapat tahu,apabila abah gua yang baru balik dari beli barang kelam kabut masuk rumah dan terus mencampakkan surat khabar metro ke atas kerusi.Itu pun rare juga.Selalunya beliau akan mengepit surat khabar itu diketiaknya,tapi kali ni tak.

Mak gua tanya,

"Kenape nye?",tanya mak gua hairan

"nuh ada orang bunuh diri,polis kat luar bapok ke rame nyeh",jawab abah gua tergesa-gesa

"laaaa lailahaillah kat mana?",tanya mak gua lagi

"Tuh kat depan sane nuh",jawab abah gua sebelum buka pintu

"Blok depan ni?dekat rumah kita ni?",tanya mak gua lagi,tak puas hati gayanya

"Laaaa blok depan ni,kat depan hujung",jawab abah gua.

Lalu abah gua pecut keluar ke tempat kejadian.Gua dengan muka tak mandi,rambut serabai,gigi tak gosok lagi,apatah lagi mandi terus mencapai baju belang merah putih pecut pergi tempat kejdian.Steady gua jalan pakai selipar jepun jenama hapa entah gua lupa,seluar baju melayu tahun lepas,baju belang merah putih.Gua tak peduli makwe nak tengok gua.Gua sanggup semata-mata nak usha peristiwa yang 'rare' gila tu.Gua sampai saja,tempat kejadian takdalah 'havoc' sangat orangnya.Gua usha punya usha,mayatnya tidak kelihatan.Yang gua nampak hanyalah plastik hitam atas pagar hijau.Gua pulang dengan hati kecewa.Sambil gua melangkah turun dari tangga,gua ternampak 2 3 makwe tengah meng'usha' juga.Gua pecut pantas pulang ke rumah.Gua menceritakan peristiwa 'rare' tu kat mak gua.Lepas cerita,gua masuk bilik ambil tuala terus masuk bilik mandi.Dalam hati gua kata,HEBAT CERITA NI,boleh gua tulis dalam blog.

Thursday, July 1, 2010

HKS

HKS ialah singkatan kepada Hari Koperasi sekolah.Bukannya jenama atau stiker yang selalu lu orang nampak tertampal di kereta sport tu.Gua menghadapi hari ini dengan penuh liku dan cabaran.Sebernanya tidak lah mencabar sangat,tapi bolehla.

Pelbagai pengalaman menarik yang gua rasa boleh di ceritakan di blog gua ni.Hari koperasi sememangnya hari yang ditunggu-tunggu oleh gua.Sebabnya ialah:-


-Dapat mengeratkan silaturahim antara guru dan murid.
-Dapat bermesra bersama makwe-makwe serta amoi-amoi.
-Dapat habuan lumayan,menolong cikgu menjual di gerai(sebernanya satu haram gua tak dapat)
-Dapat letih

Jam 6.11 gua bangun dengan keadaan yang bersemangat untuk ke sekolah.Gua mandi pun bersemangat.Gua pakai baju pun bersemangat.Senang cerita,hari tu memang gua bersemangatlah.Jam 7.15 gua bergerak menuju ke sekolah.Gua jalan dengan bersemangat dan berwawasan 2020.Sesampai saja gua di sekolah,keadaan memang 'havoc'dengan budak-budaknya yang ramai.Gua terhiling-hiling mencari kutu-kutu untuk di ajak lepak.Akhirnya gua jumpa juga kutu-kutu ni.Rupanya mereka sedang bergurau senda di tapak perhimpunan.Celaka,selalunya lepak di tempat lain,tapi haritu portnya di tapak perhimpunan pula.Tapi takpa,gua tak kesah sebab hari tu memang gua happy.Gua salam kutu-kutu yang sedang asyik berborak tentang piala dunia.Gua berdiri di sebelah kutu merangkap penyokong jerman yang setia.Gua malas cerita pasal kutu-kutu ni.Buang masa saja.

***

Bermulanya perhimpunan hari koperasi,macam biasa budak-budak diarah beratur mengikut tingakatan.Gua berbaris dengan kutu-kutu di belakang.Lagu kebangsaan dinyanyikan,diikuti lagu negeri selangor yang gua tak hafal liriknya sampai sekarang,tapi kalau nyanyi ramai-ramai boleh la.Pengawas pakai kaca mata hitam merangakap pengerusi majlis memulakan majlis.Beliau memanggil seorang kutu untuk membaca perutusan menteri-mentara yang entah hapa kejadah entah yang diutusnya.Gua dan kutu-kutu di belakang berborak pasal makwe.Selepas setengah jam kutu di depan membaca perutusan menteri,akhirnya tiba acara kemuncak perhimpunan iaitu kuis menjawab soalan pasal hari koperasi.Soalan ketiga diutarakan kepada tingkatan tiga.Gua dengar soalan yang diberikan dengan berhati-hati.Soalanya bebunyi"namakan tiga guru koperasi?".Sebaik saja habis perkataan yang terakhir gua bingkas mengangkat tangan untuk menjawab.Gua dengan menggunakan kelajjuan sederhana terus pecut ke pentas.Gua tarik-tarik sikit baju belakang kasi kemas.Gua capai mikrofon,gua jawab.

"ustaz fauzi,cikgu yusliza,dengan cikguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu emmmmmm ha! cikgu azamawati",jawab gua tak berapa nak ekselen.

"KURANG TEPAT,kata cikgu aziah.

"emmmmm haaa cikgu sendiri la",balas gua balik

"nama cikgu sapa?",tanya cikgu aziah lagi

Budak-budak form 5 merangakap gengste sekolah mentertawakan gua.Gua senyum nipis saja.Gua pandang cikgu syafinas yang duduk berdekatan dengan pentas.Cikgu syafinas pun pandang gua dengan senyum nampak gigi.Bunyi ejekan sudah mula gua dengar.Gua pandang cikgu syafinas lagi.Kali ni di menggerak-gerakkan mulut nye macam orang tua kunyah sirih.Rupanya,beliau sedang cuba bagitau gua nama cikgu yang last tu.Huh.Gua tenung mulutnya dengan teliti,sambil tu budak-budak form 5 merangakap gengster sekolah makin galak mengejek gua.Gua tak peduli tu semua.PAP.Akhirnya gua dapat membaca gerakan mulut cikgu syafinas.Lantas gua terus menjawab

"ha cikgu aziah!",jawab gua ekselen

"ok betul",kata cikgu aziah sambil senyum nipis

Ada ke gua boleh lupa nama cikgu tu..wadduuhhh
Gua diberikan sebuah hadiah oleh ustazah yang ditugaskan bagi hadiah masa tu.Gua malas nak cakap banyak pasal perhimpunan.Selepas tamat perhimpunan,semua ahli-ahli kelab dan persatuan bergegas ke gerai menyiapkan bahan-bahan.Gua terhiling-hiling mencari guru feveret gua iaitu Puan wan salmizan merangkap guru matematik gua dan juga bos gua pada hari tu.Gua jumap beliau di gelanggang badminton dan takraw belakang banguan blok d.Gua menuju ke arah cikgu wan
"ha cikgu,saya dah bawak hadiah sya,seperti yang dijanjikan",sergah gua.Gua dah buat deal dengan cikgu wan nak bawak hadiah satu.Gua tepati janji.Gua bawak sebuah topi kotak kotak warna hitam putih.Gua jual sebab:-

-topi tu dah season.
-macam gampang
-tak sesuai langsung dengan gua.
-menyemak dalam almari
-macha dah ramai gilakan cap camtu
-gua naek nyampah tengok

Berbalik kepada cerita,gua menyerahkan cap season gua tu kepada cikgu wan.Cikgu wan menerimanya dengan senyuman manis seraya mengucapkan terima kasih kepada gua.Gua diarah cikgu wan untuk mengambil tilam hapa entah di stor sukan.Gua turut saja tanpa banyak cerita.Gua bergegas ke stor sukan yang berda tidak jauh dari lokasi gerai gua.Gua angkat tilam berwarna biru gelap seraya mencarut sebab tilam tu berat sangat.Tapi gua gagahkan juga.Gua tak sanggup dipandang rendah oleh makwe-makwe di luar.Gua angkat tilam dengan penuh semangat dan steady.Gua pandang depan saja.Malah makwe-makwe yang menegur gua gagah tidak dihiraNasib baik juga tidak jauh sangat jarak antara stor dengan gerai.

Selepas siap peralatan dan segala hapa bahan ,gua dan kutu bernama rusydi memualakan perniagaan permainan dengan bacaaan bismillah dan senyuman manis yang boleh mencairkan hati makwe-makwe yang berkeliaran dengan tak tentu hala di perkarangan sekolah.Pada mulanya agak susah juga hendak mencari pelanggan.Tapi selepas membuat promosi gua berjaya menarik seorang makwe untuk diajak main.Permaina yang gua tawarkan adalah menyungkit bola hoki masuk kedalam gelung hulahup dan golf bawa sial.Makwe tu memilih utnuk menyungkit bola hoki kedalam gelung hulahup.Bayaran yang dikenakan ialah 1 ringgit 3 kali try.Tapi sebab gua suka makwe tu gua bagi 1 ringgit 4 kali try.Boss gua iaitu cikgu wan menunjukan tandaibu jari ke atas bermaksud boleh la.Mengikut informasi yang diberikan oleh kutu rusydi,makwe tu form 4.Tapi takpa gua tak kesah,yang penting peniagaan gua jalan dengan lancar.Akhirnya makwe tu tak dapat masuk satu pun.Gua memberikan hadiah sagu hati iaitu sebatang pen kilometriko berwarna hitam kepada makwe tu.Makwe tu blah dengan muka tak puas hati.kah kah

***

tepat jam 12,cikgu wan mengarahkan gua dan kutu sebelah gua mengemas gerai.Gua yang masa tu tengah sedap baring atas tilam sambil layan lagu WAKA WAKA bingkas bangun seraya mengesat tahi mata.Kutu sebelah gua haram nak tolong.Gampang.Selepas siap mengemas semuanya.Gua mengira keuntungan hasil jualan.Semuanya gua dapat hanya 35 hengget.Celaka.Dahla bayar sewa tapak kedai dengan khemah 30 hengget.Jadi untung jualan hanya 5 hengget aje.Gua rasa pancit saja tayar kereta cikgu yang mintak bayar sewa tu.Nasib baik gua mendapat 2 kotak hadiah dari cikgu su,sebab gua an kutu setia menjaga gerai dan tak pernah lari pun.Gua balik kerumah dengan senyuman manis.Pak gurad yang jaga pintu gate apatment gua tu sangka gua ni gila.Gua tak peduli tu suma,yang penting gua dapat hadiah.Lagi satu cap yang gua nak jual tu takda orang beli pun.gampang betul.Gua terpaksa bawak balik rumah.Dan simpan balik dalam almari.Celaka.

Friday, June 18, 2010

helikopter

Hari ni abah gua balik kerja dengan baju tak masuk dalam seluar.Selalunya dressing abah gua dari pagi sampai balik kerja memang "tip top",smart,sampai pernah sekali cikgu bahasa inggeris gua kata macam pegawai bank.Fuhh bangga gua.Tapi hari ini kurang sikit dressingnya,baju kemeja berlambangkan perodua terkeluar habis.Abah gua pulang dengan membawa senyuman manis sambil membawa kotak panjang dan juga sebuah helikopter kawalan jauh.Gua tak shock sangat,sebab gua dah tau.Adik lelaki bongsu gua yang sedang asyik bermain psp memandang dengan mata kecik je.Gayanya macam buat-buat tak peduli saja tentang helikopter yang baru dibeli tu.

Abah gua membuat demonstrasi percuma dengan membuat sedikit penerbangan tanpa jadual yakni penerbangan haram di ruang tamu.Sekali lagi gua lihat adik gua,pandang mata kecik saja,gayanya macam malu.Nak kene lemapang pun ada.Tapi perhatian gua terus beralih selepas penerbangan berjaya selepas sekian lama mencuba.

Selepas terbang dalam 7 saat setengah abah gua melandingkannya.Sejurus lepas tu abah gua letak helikopter barunya di atas apa entah gua pun tak tau.Adik laki bongsu gua buat pandang sipi-sipi saja.Gua yang tengah kagum gila babi ni,terus capai kotak helikopter tersebut,gua cari sepesifikasinya tapi tak da.Agaknya ada dalam buku panduan.Tak pa,gua pun usha2 heli yang wrana hijo tu,usha punya usha kira not bad la heli ni.

Petang sikit abah gua bawak heli main kat luar,kwasan lapang.Abah gua punya tune,lu orang jangan tanya,baeeekkkkk punyaaa!!.Siap tune,abah gua membuat penerbangan.Kali ni penerbangannya mengikut jadual dan tempat.Gua usha dari dalam rumah saja,malu.keh keh keh.

Maka terbanglah helikopter berwarna hijau muda ke angkasa.Itupun selepas enatah berapa kali menncuba.Kali ini penerabangan agak tinggi.Tinggi lima tingkat apatmen gua.Memang tinggi la.Lepas dah terbang tinggi.Abah gua misti mahu landingkan.Terbang dah cantik tapi dia punya landing lu orang jangan tanya.

kedegannnngggggg!,bunyi heli jatuh atas rumput.Gua ketawa di tingkap dapur.KAH KAH KAH

Thursday, June 17, 2010

sepanyol main tak sedap

Permainan yang di persembahkan oleh sepanyol tempoh hari amat mengecewakan gua.Ada ke kalah dengan switzerland yang boleh dikatakan pemainnya takda star langsung.Dah la shoot bnyak tapi satu pun tak menggegar jaring.Stadium dah havoc dengan penyokong diorang.Makwe-makwe seksi semuanya pakat cat muka diorang mengikut bendera sepanyol,tidak ketinggalan pakcik-pakcik tua yang terpekik terlolong macam orang gila bila camera shot muka diorang.Gua sangkakan sepanyol akan bermain dengan baik,hantaran cun,torres dengan villa main sedap,tapi sangkaan gua memang terpesong jauh sampai ke mexico.Dua-dua main macam 'tahi'...Dah la pulak gua sanggup tunggu game sampai habis,sampai pukul 4.31 pagi gua tunggu,tapi tak menang.Celaka spain..Gua rasa spain tak boleh pegi final la..Believe me

Monday, June 14, 2010

Lepak

Pukul 9 malam gua gerak ke saiber kafe dari pusat tusyen.'Venue' yang biasa gua tuju semenjak bermulanya cuti semester ni.Perjalannya mengambil masa kira-kira 10 minit jika berjalan kaki.Gua masuk gua usha pc yang available.Gua cari port baik punya.Gua dapat.Portnya sangat strategik,penghawa dingin dapat,dan tidak terbuka sangat.Gua pecut pergi kaunter,gua hulur sama makcik penjaga kaunter 1 ringgit.Harga yang ditetapkan mengikut standard sekaramg.Standard sekarang biasanya 1 ringgit hanya setengah jam saja.Kalau 2 ringgit 1 jam.Gua biasanya hanya main dalam setengah jam saja.Gua tak da duit nak main banyak-banyak.Lagipun gua tidak boleh sampai ke rumah lewat.Jika demekian,gua akan dihujani dengan macam-macam soalan yang boleh menyakitkan jiwa.

Gua main.Seperti biasa jika gua duduk di hadapam komputer,gua akan menyiapkan kerja-kerja pengkeranian myspace dan fesbuk.Tpi kali ni,gua tak bukak fesbuk gua,takut kantoi sama mak gua.Gua bukak akaun myspace saja.Gua lihat ada 1komen yang sudah di 'approvekan'.Gua syak mesti anis yang membalas komen gua 10 jam yang lepas.Sangkaan gua betul.Siap membalas komen,gua buka cawangan lain,gua buka akaun yutiub gua,gua cari lagu MUSE.Gua dengar.Biasanya kalau budak-budak atau remaja yang pergi ke saiber kafe,mereka pasti permainan seperti dota,wolfteam,c.o.d,Fifa online dan macam-macam pemainan yang gua kira boleh merosakkan otak.Tetapi gua tidak seperti remaja lain,gua tak minat main permainan ni semua.Sebab gua dah tahu permainan-permainan ini akan merosakkan otak.

Tiba-tiba bunyi penggera masa berbunyi,tak syak lagi itu bunyi yang menandakan waktu akan tamat.Gua dengan menggunakan kepantasan jari gua,terus tutup semua akaun.Gua sarong beg galas gua,gua blah balik rumah.

Sunday, June 13, 2010

Kembar

Azan magrhib berkumandang.Gua yang baru selesai menunaikan perkara wajib iaitu mandi duduk di sofa.Seperti yang gua cerita sebelum ini,Tv 42 inci dengan paparan definisi tinggi gua sedang bersiaran.Gua bosan.Gua pecut masuk bilik.Gua capai Psp,gua main.Permainan yang menjadi kegemaran gua ialah,PES.Sebuah permainan bola sepak.Semenjak bermulanya cuti semester ini,Psp lah yang menjadi teman gua siang dan malam.Gua pun tidak tahu mengapa.

Gua main benda alah itu sampai jam 10.Itulah rutin yang gua tidak pernah tinggal.Gua keluar saja bilik terus pecut pergi dapur.Baru gua teringat yang gua tidak makan sejak semalam.Itulah bahana main Psp.Gua makan.

Selesai makan malam.Gua duduk di sofa.Gua capai alat kawalan jauh astro.Gua tukaar saluran piala dunia.Perlawanan yang sedang berlangsung adalah antara Pasukan serbia dan ghana.Gua tgk stadium kurang 'havoc'nya.Makwe-makwe seksi pun kurang,yang banyak makwe-makwe awang hitam yang boleh menutup selera makan.

Gua tukar saluran lain.Gua tekan buatang 1,3 dan 1.Cerita yang sedang bersiaran ialah PGL.Gua layan.Antara sebab gua layan cerita PGL:

1)Gua nak tengok Tiara dengan m.nasir
2)Dah tak da cerita lain'dah
3)Adik kecik gua nak layan jugak.

Sedang hang tuah berlari-lari menaiki Gunung ledang sebab nak jumpe gusti putri dia.Dengan tak semena-mena pintu rumah gua diketuk.Gua syak adik kembar gua.HAH,sangkaan gua betul.Memang betul adik kembar gua yang baru tiba dari kampung.Adik gua bersalaman dengan mak dan abah gua.Gua boleh lihat air muka gembira abah gua disaat tibanya anak jantannya kembali ke pangkuannya.Gua terharu.Sudah agak lama gua tidak lihat air muka abah sebegitu rupa.Gua hampir minitiskan air mata gembira,tapi gua kaver macho,gua tahan kasi tak keluar.

Gua gembira dengan kedatangan adik gua.Lengkaplah kami 5 bersaudara.Gua dah malas nak tulis.gua nak pekena neskepe tarik sama roti bakar.Dua perkara tu memang solid bagi gua.

Hari minggu

Hari ini rutin gua agak berlainan daripada hari-hari lain.Selepas england tidak memenangi perlawan semalam gua rasa hampa.Nak tido,tidak mengantuk.Jadi gua mengambil keputusan untuk berjaga.Perlawanan tamat jam 4.25.Gua capai alat kawalan jauh tv gua tekan butang off.Gua pecut pergi dapur carik benda makan.Tak da selera pula.

Gua kembali ke sofa di ruang tamu.Gua duduk.

"Nak buat apa?",bisik gua buntu.

Sedang gua memandang-mandang keadaan rumah,gua ternampak PSP berdekatan dgn Tv 42 inci gua.Gua capai Psp,gua lari masuk bilik bujang gua yang agak tidak kemas kalau dilihat dengan mata kasar,gua tekan suis lampu,kunci pintu,gua landing.Gua main benda alah tu sampai awal pagi.Sedang gua asyik menekan-menekan punat Psp,gua teringat yang mak gua nak berjoging awal pagi ini.Gua lihat jam telefon bimbit 2630 gua pukul 6.45,gua dengan pantas pecut bilik mak gua yang berada tidak jauh dari bilik bujang gua.Gua buka pintu,gua masuk gua kejut mak gua.Dalam kira-kira 8 kali juga gua cuba mengejut mak gua tapi tidak berhasil.Akkhirnya,pada cubaan yang 15 mak gua bangun juga.

"Mak kata nak joging jom ah",kata gua sopan

"Pukul berapa dah?",tanya mak gua

"6.45",jawab gua."

"ok tunggu ibu siap",balas ibu gua.

Selepas siap semuanya gua,mak gua,dan adik gua berjoging la dalam jarak kira-kira 70 km dari rumah.Kami mengambil keputusan untuk berjoging jarak jauh.Bla,bla,bla,bla seleai joging.Kami berlari menuju pulang ke rumah.Masa yang diambil tidak lah lama,dalam 15 minit saja.

Sampai di rumah,gua diminta menjemur kain gua yang lupa di jemur semalam.Gua dengan suka hati dan sangap nak tidur jemur kain di jemuran yang terletak 10 meter dari rumah gua.

Selesai jemur,gua di arah menyapu rumah dan membuang sampah pula.Gua mula rasa tidak puas hati.Tapi tak mengapa,gua buat sebab gua abang yang baik dan berwibawa serta berkarismak.

Siap semuanya gua pecut masuk bilik bujang gua,gua tekan suis kipas volum 3,tepuk nbantal peta malaysia gua kasi empuk,gua landing.

Jam 12.12 gua bangun.Antara sebab gua bangun:

1)Bunyi lagu indon di radio yang terlalu kuat di pasang mak gua
2)Mak dan bapak gua dah pekik gua suruh bangun
3)Adik gua merengek sebab kereta mainan yang baru dibeli sudah barai.

CELAKA

Gua bangun,gua capai tuala,gua pecut masuk bilik air.Siap mandi,gua sarung seluar pantai,gua capai Psp,gua main sampai gua bosan.Jam 2 gua keluar untuk berhadapan komputer riba.Seperti biasa,gua menyiapkan kerja-kerja pengkeranian fesbuk dan myspace.Jam 3 gua santap santapan yang sudah tersedia di atas meja.Selesai makan,gua layan cerita SENIMAN BUJANG LAPOK bersama ayah gua yang memang tak miss cerita P.RAMLEE.Tak lama selaps itu,gua sambung semula kerja-kerja pengkeranian fesbuk dan myspace.Siap kerja pengkeranian gua rasa nak tulis cerita pasal hari ini.Dan inilah hasilnya

Saturday, June 12, 2010

Piala Dunia 2

Tepat jam 1 pagi gua seperti biasa sedang menyiapkan kerja-kerja pengkeranian fesbuk dan juga myspace gua.Dalam masa yang sama juga,Tv 42 inci gua sedang bersiaran cerita omputih.Entah apa entah tajuknya cerita itu.Gua capai alat kawalan jauh yang berada tidak jauh dari gua.Gua tekan butang 8,0 dan 5.Gua tekan butang 'info'.Gua tengok perlawanan antara ENGALND DAN USA akn bermula dalam 1 jam saja lagi.

Gua dengan pantas daftar keluar semua akaun fesbuk,myspace,Yahoo messenger,maybank dan yutiub.Gua bagi peluang adik perempuan gua yang berumur 13 tahun pula untuk membuat kerja pengkeranian fesbuk beliau.Gua pecut pergi dapur,seperti biasa gua buat air neskepe dan roti bakar untuk bekal semasa menonton perlawanan nanti.

Akhirnya,waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba,perlawanan antara ENGLAND DAN USA akan bermula.

Rusternberg nampaknya yang menjadi 'venue'perlawanan antara England dan Usa.Gua lihat stadium sangat 'havoc'dgn penyokong-penyokong dari kedua pasukan.Harapan gua untuk pasukan 'favourite' gua iaitu england adalah permainan yang laju,hantaran cun,dan aksi lima bintang dari pemain-pemainnya.

Pengadil melangkah keluar dari terowong,diikuti pemain-pemain dari kedua pasukan.Pemain berbaris panjang bersama pengadil perlawanan dengan muka berseri-seri dan berkilau.Masing-masing dengan baju yang baru,seluar yang baru,kasut buat pun mungkin baru.Gua dapat 'feel' yang perlawanan akan menjadi perlawanan yang menarik.

Preeepppppp,wisel ditiup menanadakan perlawanan bermula.Seperti biasa gua susun kusyen kasi double.Gua rileks duduk atas sofa.Gua lihat kelibat-kelibat penyokong dengan macam-mcam gaya dan kerenah,termasuklah makwe-makwe seksi.

Gua harap England dapat skor gol pertama.Sangkaan gua tak meleset kali ni.Gerrard menjaringkan gol pertama perlawanan dan juga england.Stadium menjadi semakin 'hvoc' dengan sorakan penyokong.Gua semakin bersemangat menonton.Gua dapat 'feel' yang england akan menang.Tapi sangkaan gua melesest kali ni.Pada minit ke 40 Dempsey menjaringkan gol penyamaan untuk usa.Celaka.

preeeeppp,wisel panjang dibunyikan pengadil,menandakan tamatnya separuh masa yang pertama.

Piala Dunia

Jam 10 malam.Seperti biasa TV berukuran 42 inci sudah terpasang di ruang tamu.Gua capai alat kawalan jauh TV di sofa.Gua duduk.Gua tukar saluran yang menyiarkan perlawanan piala dunia 2010.Sebelom gua setat tonton,gua pergi dapur untuk buat air neskepe dan roti bakar.Untuk bekal.Siap semuanya gua kembali ke sit gua.Gua susun kusyen kasi double.Jarak gua dgn tv kira-kira 5 kaki.Gua kira tu lah jrak yang paling relevan sekali buat gua untuk menatap tv yang berukuran agak luas itu.


Keadaan stadium johannesburg ketika itu agak Havoc.Tapi gua perasan ada juga sit-sit yang kosong.Perlawanan adalah antara AFRIKA SELATAN DAN MEXICO.Wisel pengadil dah berbunyi menandakan bermulanya perlawanan yang pertama piala dunia.


Kira-kira dlm sepuluh minit selepas itu.Setan-setan durjana mula menghinggap di bulu mata gua.Gua bengang.celaka betul setan ini.Gua capai air neskepe yang berdekatan,gua minum kasi hilang mengantuk.


"Huuuuhhh",.gua lega


***

Bla bla bla bla bla bla.wisel panjang berbunyi.Gua pikir tu tandanya da masuk wktu rehat.Bekalan air neskepe dan roti bakar gua sudah kehabisan.Gua sudah tak tahan.Gua capai alat kawalan jauh,gua tekan butang 'off'.Gua masuk bilik,pasang kipas mengikut kelajuan yang di tetapkan.Gua landing.


Keesokan harinya gua dapat tahu diorang seri.Gua dah agak dah.Ada pontianak bagi tahu gua sebelum gua tido semalam.Peratus perlawanan gua bagi 3 bintang.

Friday, June 11, 2010

About / Perihal

About / Perihal

Pelabuhan Kelang

Jam menunjukkan pukul 2.45.Gua seperti biasa ada dihadapan komputer riba sedang membuat kerja-kerja pengkernian myspace dan fesbuk.

"Treikkkkk",bunyi pintu bilik yang di buka abah gua.Dia keluar lalu berkata,

"Sebelom pukul 4 nanti siap-siap ikut abah",kata abah gua.

"hemmm ok",jawap adik-adik gua.

Gua pun apa lagi,cepat-cepat la bersiap.Gua terus cabut brodband tapi tidak menutup komputer.
sekarang ni kalau keluar pergi jalan di bandar KL,tidak boleh lagi memakai selipar jepun,malu gua.Dressing misti semat.Pakai kasut.T-shet misti fit.
Benda pertama yang gua cari apabila hendak keluar pergi mana-mana ialah bokser gua.Gua cari di bilik gua,tak da.Gua cari di timbunan kain atas kerusi di ruang tamu tak da juga.Celaka betul.Akhir sekali gua cari di jemuran diluar,

"haaa,nasib baik da",bisik gua lega

Selepas siap semuanya,tepat jam 4 gua dan keluarga keluar la.Destinasi kami ialah pelabuhan klang yang terletak 10000 km jauhnya.celaka,jauh sungguh.Dalam perjalanan ke destinasi,kira-kira dlm 19 kali juga kepala gua terhantuk pada cermin kereta sebab mengantuk.Bayangkan betapa jauhnya destinasi yang hendak dituju kami.

Akhirnya,pada pukul 8.21 malam sampai juga gua di pelabuhan klang.Sementara abah mencari ruang parkir,gua usha juga tempat tu.Gua lihat kiri kanan depan belakang,gua usha punya usha tak jumpa apa.

"Ceh apa punya tempat la ni,penat saja gua dressing semat-semat".keluh gua kesal.

Sampai di restoran,gua mula kaver2 macho.Gua selak-selak siket baju,gua betulkan siket sepatu north star gua kasi kilat.Fuhhhh,gua rase gua lah yang paling semat kat situ.Gua pun berjalan masuk ke dlm restoran.Restoran tu nama MUARA IKAN BAKAR.Patutla,gua masuk bau ikan saja.Apa lagi,gua pun makin bersemangat nak makan.Dapat saja port,gua pun duduk.FUUUUUUHHHHH,Dia punay port,terbaekkkkkkkk.Tepi pantai.

Selepas siap order,gua memutuskan untuk jalan-jalan di tepi pantai cari awek.Hasrat gua hancur,sorang awek pun haram tak da.Celaka.


Gua kembali ke port.Gua terkejut.Sebab makanan yang di oder sudah siap di letak atas meja.Gua pun apa lagi,terkam la semua benda.Sedang gua syok menerkam dan membaham,tiba-tiba berduyun-duyun lalat,nyamuk dan segala macam haiwan terbang datang menganggu ketenteraman gua makan..celaka btul.Gua ambil botol air bedekatan,gua ketuk sekor-sekor dgn botol air mineral cap lembu.Air tu memang rasa lembu.



selesai gua makan,gua pun mula rasa tidak keruan.Perasaan mengantuk mula datang mencangkung di mata gua.Huhhh,mengantuk gila masa tu.Gua rasa kalau ada sofa berdekatan,gua landing saja di situ,gua peduli apa tokeh restoran.Tapi nasib baik dalam 30 minit selepas tu,abah gua pun rasa tidak keruan.HAHA,gua rasa misti abah gua
mengantuk juga.Tu tandanya,gua dan keluarga akan bergerak menuju pulang ke BSD.

Tepat jam 11.56 gua sampai di pintu rumah.Time tu gua dan adik-adik memang da sangap nak tidoq.Masuk saja rumah,gua pecut masuk bilik.Gua tanggal baju,terus landing atas bantal peta malaysia dan atas tilam nipis gua.

Thursday, June 10, 2010

Pagi yang terang

Lagu sm.salim berkumandang dengan kuat sekali.Kekuatan bunyi lagu itu memang tak dapat di sangkal lagi,iaitu bunyi telefon bimbit gua yang berjenama Nokia 2630.Gua pun terpaksa mencelikkan mata kerana tidak dapat tahan dengan suara sm.salim yang sebenaranya pada gua tak sedap langsung.Gua bangun lalu mengambil telefon bimbit gua yang berada di lantai.Gua rasa telefon bimbit gua bergegar,gua sangka 'alarm' telefon,tetapi sangkaan gua meleset.Rupanya sebuah panggilan dari mak gua yang sedang bkerja di pejabat.

"Masyallah",.jerit gua berterabur

Jam menunujukkan pukul 11.48 pada telefon bimbit gua.Gua jadi kucar kacir,gua cuba memikirkan macam mane hendak menelesaikan masalah yang gua hadapi ketika itu.

"TING",bunyi lampu yang berwarna oren tepat atas kepala gua.Itu tandanya gua sudah mendapat idea.Gua sudah pun mendapat satu akal.

Gua pun tekanlah butang 'answer' di telefon.Gua punya idea ialah membuat suara macam dah lame bangun tidur.Suara gua kalau bangun tidur dengan dah lame tidur lain.Kalau bangun tidur suara gua ala-ala EN.LIM SIN KHWAI.Beliau ialah cikgu kemahiran hidup gua yang suaranya kasar dan besar gila.Kalau sudah lame bangun tidur,suara gua ala-ala MATTHEW BELLAMY siket.Mat salleh ni pulak ialah vokalis sebuah kumpulan musik.

Berbalik kepada cerita tadi,gua jawap panggilan,gua cakap..."helo!,heelllllloooooo".

Sepi

Gua berasa pelik,dlm hati berbisik

"asal takde orang cakap pulak,mana ibu ni",bisik gua pelik

Beberapa saat selepas itu,ibu gua mula bersuara,dia bertanya,

"Ha da bangun dah?!",tanya ibu gua,gayanya macam marah

"Baru bangun bu",jawap gua berterabur

Di saat itu jugak semua idea yang timbul hancur.celaka sungguh..gua sendiri yang buat 'kantoi'gua bangun lambat.

Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan (Female-Full Version)



Lagu ni betul-betul buat gua nangis..kah kah kah

Kesusahan mencipta blog

Ini hari ialah hari yang paling bersejarah bagi gua.Gua telah berjaya mencipta sebuah blog yang bernama LEPAK SAMA GUA.Amacam ganas tak nama blog gua?

Sebelum ini,gua cuba mencari kutu2 utk dijadikan teknisyen blog gua,celaka semuanya sombong.Segala macam usaha telah gua lakukan untuk mencari teknisyen blog ini.Antaranya,menampal poster di tepi warung pak lang,kedai mamak yang berdekatan termasuklah kafe saiber yang selalu gua kunjungi ketika hendak menuju ke pusat tusyen,tidak lupa juga termasuklah memaparkan iklan di myspace gua,kelulusan yang gua tetapkan tidaklah tinggi,tapi entah mengapa kutu2 myspace ni tidak mahu bekerjasama dengan gua.Tetapi usaha gua sia-sia belaka..celaka

Akhirnya,tepat pukul 12 tengah malam tadi,gua cipta juga blog yang tak seberapa ni.Mak bapak gua haram tak tahu.Sebelum mencipta,gua baca sejenak blog bapak sedara gua yang tak berapa nak kamceng dan tidak pernah betegur sapa sejak gua lahir.Tapi gua 'still' panggil dia bapak sedara gua.Blognya berjudul HILANGPUNCA.Gua baca dengan penuh teliti.Gua meneliti semua ayat yang digunakanya.Masa itu jugalah 'spirit' gua sedang membuak-buak untuk tulis blog.

tuk! tuk! tuk!

Gua memandang pintu rumah gua.Rupanya abah gua yang baru balik dari membaca surah yasin dan sdikit cermah agama dari pejabatnya.Jam menunjukan pukul 11:55,abah gua memanggil gua dan terus berkata,

"along kunci grel".

"hah ok",jawab gua sopan.

Gua yang menuruti arahan abah,terus mngambil kunci rumah yang tergantung di dinding berdekatan lalu pergi mengunci grel.Mengunci grel adalah tanggungjawab gua.Pernah sekali gua tidak melakukan kewajipan itu,gua dimarahi oleh abah.Gua haram tak dengar,sebab masa itu pagi,jadi gua dgn mata penuh dengan gula-gula,mulut melekit ada air raibina terus melangkah masuk kedlam blik air gua.

Berbalik kepada cerita blog,semasa sedang mengunci,terlintas di fikiran gua."aku nak buat blog lah", dengan tak semena-mena gua kata.

Sejurus selepas itu,guabergegas ke komputer riba yang berada di hujung rumah berdekatan dengan tingkap.Gua taip laman sesawang untuk membuat blog.Lalu cepat gua menaip dan mengisi akaun yg dikehendaki.Dlm kira2 sepuluh kali juga gua cuba tak jadi,celaka.Tetapi setalah membaca "BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM",terus gua berjaya.Baru gua tahu berkat membaca basmalah sebelum membuat sesuatu perkara.Akhirnya setalah selesai semuanya gua pun sampai ke 'step' mereka nama blog.Macam-macam nama blog gua letak,semuanya tak kreatif dan tidak menepati citarasa gua.Akhirnya gua mendapat satu nama,iaitu LEPAK SAMA GUA.

Setalah berjaya,gua pun 'setat' menulis blog.....dan inilah hasilnya...