Saturday, June 12, 2010

Piala Dunia 2

Tepat jam 1 pagi gua seperti biasa sedang menyiapkan kerja-kerja pengkeranian fesbuk dan juga myspace gua.Dalam masa yang sama juga,Tv 42 inci gua sedang bersiaran cerita omputih.Entah apa entah tajuknya cerita itu.Gua capai alat kawalan jauh yang berada tidak jauh dari gua.Gua tekan butang 8,0 dan 5.Gua tekan butang 'info'.Gua tengok perlawanan antara ENGALND DAN USA akn bermula dalam 1 jam saja lagi.

Gua dengan pantas daftar keluar semua akaun fesbuk,myspace,Yahoo messenger,maybank dan yutiub.Gua bagi peluang adik perempuan gua yang berumur 13 tahun pula untuk membuat kerja pengkeranian fesbuk beliau.Gua pecut pergi dapur,seperti biasa gua buat air neskepe dan roti bakar untuk bekal semasa menonton perlawanan nanti.

Akhirnya,waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba,perlawanan antara ENGLAND DAN USA akan bermula.

Rusternberg nampaknya yang menjadi 'venue'perlawanan antara England dan Usa.Gua lihat stadium sangat 'havoc'dgn penyokong-penyokong dari kedua pasukan.Harapan gua untuk pasukan 'favourite' gua iaitu england adalah permainan yang laju,hantaran cun,dan aksi lima bintang dari pemain-pemainnya.

Pengadil melangkah keluar dari terowong,diikuti pemain-pemain dari kedua pasukan.Pemain berbaris panjang bersama pengadil perlawanan dengan muka berseri-seri dan berkilau.Masing-masing dengan baju yang baru,seluar yang baru,kasut buat pun mungkin baru.Gua dapat 'feel' yang perlawanan akan menjadi perlawanan yang menarik.

Preeepppppp,wisel ditiup menanadakan perlawanan bermula.Seperti biasa gua susun kusyen kasi double.Gua rileks duduk atas sofa.Gua lihat kelibat-kelibat penyokong dengan macam-mcam gaya dan kerenah,termasuklah makwe-makwe seksi.

Gua harap England dapat skor gol pertama.Sangkaan gua tak meleset kali ni.Gerrard menjaringkan gol pertama perlawanan dan juga england.Stadium menjadi semakin 'hvoc' dengan sorakan penyokong.Gua semakin bersemangat menonton.Gua dapat 'feel' yang england akan menang.Tapi sangkaan gua melesest kali ni.Pada minit ke 40 Dempsey menjaringkan gol penyamaan untuk usa.Celaka.

preeeeppp,wisel panjang dibunyikan pengadil,menandakan tamatnya separuh masa yang pertama.

No comments:

Post a Comment