Saturday, June 12, 2010

Piala Dunia

Jam 10 malam.Seperti biasa TV berukuran 42 inci sudah terpasang di ruang tamu.Gua capai alat kawalan jauh TV di sofa.Gua duduk.Gua tukar saluran yang menyiarkan perlawanan piala dunia 2010.Sebelom gua setat tonton,gua pergi dapur untuk buat air neskepe dan roti bakar.Untuk bekal.Siap semuanya gua kembali ke sit gua.Gua susun kusyen kasi double.Jarak gua dgn tv kira-kira 5 kaki.Gua kira tu lah jrak yang paling relevan sekali buat gua untuk menatap tv yang berukuran agak luas itu.


Keadaan stadium johannesburg ketika itu agak Havoc.Tapi gua perasan ada juga sit-sit yang kosong.Perlawanan adalah antara AFRIKA SELATAN DAN MEXICO.Wisel pengadil dah berbunyi menandakan bermulanya perlawanan yang pertama piala dunia.


Kira-kira dlm sepuluh minit selepas itu.Setan-setan durjana mula menghinggap di bulu mata gua.Gua bengang.celaka betul setan ini.Gua capai air neskepe yang berdekatan,gua minum kasi hilang mengantuk.


"Huuuuhhh",.gua lega


***

Bla bla bla bla bla bla.wisel panjang berbunyi.Gua pikir tu tandanya da masuk wktu rehat.Bekalan air neskepe dan roti bakar gua sudah kehabisan.Gua sudah tak tahan.Gua capai alat kawalan jauh,gua tekan butang 'off'.Gua masuk bilik,pasang kipas mengikut kelajuan yang di tetapkan.Gua landing.


Keesokan harinya gua dapat tahu diorang seri.Gua dah agak dah.Ada pontianak bagi tahu gua sebelum gua tido semalam.Peratus perlawanan gua bagi 3 bintang.

2 comments:

  1. hahaha . kelakar n kreativ gak kau nie ! .. anyway .. ganas jugak kau punye blog name uhh :)

    ReplyDelete
  2. trimas..haha tak ganas langsung nma blog gua....cadangkan beberapa idea yang kreatif dan ganas untuk nma blog gua ni

    ReplyDelete