Friday, June 18, 2010

helikopter

Hari ni abah gua balik kerja dengan baju tak masuk dalam seluar.Selalunya dressing abah gua dari pagi sampai balik kerja memang "tip top",smart,sampai pernah sekali cikgu bahasa inggeris gua kata macam pegawai bank.Fuhh bangga gua.Tapi hari ini kurang sikit dressingnya,baju kemeja berlambangkan perodua terkeluar habis.Abah gua pulang dengan membawa senyuman manis sambil membawa kotak panjang dan juga sebuah helikopter kawalan jauh.Gua tak shock sangat,sebab gua dah tau.Adik lelaki bongsu gua yang sedang asyik bermain psp memandang dengan mata kecik je.Gayanya macam buat-buat tak peduli saja tentang helikopter yang baru dibeli tu.

Abah gua membuat demonstrasi percuma dengan membuat sedikit penerbangan tanpa jadual yakni penerbangan haram di ruang tamu.Sekali lagi gua lihat adik gua,pandang mata kecik saja,gayanya macam malu.Nak kene lemapang pun ada.Tapi perhatian gua terus beralih selepas penerbangan berjaya selepas sekian lama mencuba.

Selepas terbang dalam 7 saat setengah abah gua melandingkannya.Sejurus lepas tu abah gua letak helikopter barunya di atas apa entah gua pun tak tau.Adik laki bongsu gua buat pandang sipi-sipi saja.Gua yang tengah kagum gila babi ni,terus capai kotak helikopter tersebut,gua cari sepesifikasinya tapi tak da.Agaknya ada dalam buku panduan.Tak pa,gua pun usha2 heli yang wrana hijo tu,usha punya usha kira not bad la heli ni.

Petang sikit abah gua bawak heli main kat luar,kwasan lapang.Abah gua punya tune,lu orang jangan tanya,baeeekkkkk punyaaa!!.Siap tune,abah gua membuat penerbangan.Kali ni penerbangannya mengikut jadual dan tempat.Gua usha dari dalam rumah saja,malu.keh keh keh.

Maka terbanglah helikopter berwarna hijau muda ke angkasa.Itupun selepas enatah berapa kali menncuba.Kali ini penerabangan agak tinggi.Tinggi lima tingkat apatmen gua.Memang tinggi la.Lepas dah terbang tinggi.Abah gua misti mahu landingkan.Terbang dah cantik tapi dia punya landing lu orang jangan tanya.

kedegannnngggggg!,bunyi heli jatuh atas rumput.Gua ketawa di tingkap dapur.KAH KAH KAH

Thursday, June 17, 2010

sepanyol main tak sedap

Permainan yang di persembahkan oleh sepanyol tempoh hari amat mengecewakan gua.Ada ke kalah dengan switzerland yang boleh dikatakan pemainnya takda star langsung.Dah la shoot bnyak tapi satu pun tak menggegar jaring.Stadium dah havoc dengan penyokong diorang.Makwe-makwe seksi semuanya pakat cat muka diorang mengikut bendera sepanyol,tidak ketinggalan pakcik-pakcik tua yang terpekik terlolong macam orang gila bila camera shot muka diorang.Gua sangkakan sepanyol akan bermain dengan baik,hantaran cun,torres dengan villa main sedap,tapi sangkaan gua memang terpesong jauh sampai ke mexico.Dua-dua main macam 'tahi'...Dah la pulak gua sanggup tunggu game sampai habis,sampai pukul 4.31 pagi gua tunggu,tapi tak menang.Celaka spain..Gua rasa spain tak boleh pegi final la..Believe me

Monday, June 14, 2010

Lepak

Pukul 9 malam gua gerak ke saiber kafe dari pusat tusyen.'Venue' yang biasa gua tuju semenjak bermulanya cuti semester ni.Perjalannya mengambil masa kira-kira 10 minit jika berjalan kaki.Gua masuk gua usha pc yang available.Gua cari port baik punya.Gua dapat.Portnya sangat strategik,penghawa dingin dapat,dan tidak terbuka sangat.Gua pecut pergi kaunter,gua hulur sama makcik penjaga kaunter 1 ringgit.Harga yang ditetapkan mengikut standard sekaramg.Standard sekarang biasanya 1 ringgit hanya setengah jam saja.Kalau 2 ringgit 1 jam.Gua biasanya hanya main dalam setengah jam saja.Gua tak da duit nak main banyak-banyak.Lagipun gua tidak boleh sampai ke rumah lewat.Jika demekian,gua akan dihujani dengan macam-macam soalan yang boleh menyakitkan jiwa.

Gua main.Seperti biasa jika gua duduk di hadapam komputer,gua akan menyiapkan kerja-kerja pengkeranian myspace dan fesbuk.Tpi kali ni,gua tak bukak fesbuk gua,takut kantoi sama mak gua.Gua bukak akaun myspace saja.Gua lihat ada 1komen yang sudah di 'approvekan'.Gua syak mesti anis yang membalas komen gua 10 jam yang lepas.Sangkaan gua betul.Siap membalas komen,gua buka cawangan lain,gua buka akaun yutiub gua,gua cari lagu MUSE.Gua dengar.Biasanya kalau budak-budak atau remaja yang pergi ke saiber kafe,mereka pasti permainan seperti dota,wolfteam,c.o.d,Fifa online dan macam-macam pemainan yang gua kira boleh merosakkan otak.Tetapi gua tidak seperti remaja lain,gua tak minat main permainan ni semua.Sebab gua dah tahu permainan-permainan ini akan merosakkan otak.

Tiba-tiba bunyi penggera masa berbunyi,tak syak lagi itu bunyi yang menandakan waktu akan tamat.Gua dengan menggunakan kepantasan jari gua,terus tutup semua akaun.Gua sarong beg galas gua,gua blah balik rumah.

Sunday, June 13, 2010

Kembar

Azan magrhib berkumandang.Gua yang baru selesai menunaikan perkara wajib iaitu mandi duduk di sofa.Seperti yang gua cerita sebelum ini,Tv 42 inci dengan paparan definisi tinggi gua sedang bersiaran.Gua bosan.Gua pecut masuk bilik.Gua capai Psp,gua main.Permainan yang menjadi kegemaran gua ialah,PES.Sebuah permainan bola sepak.Semenjak bermulanya cuti semester ini,Psp lah yang menjadi teman gua siang dan malam.Gua pun tidak tahu mengapa.

Gua main benda alah itu sampai jam 10.Itulah rutin yang gua tidak pernah tinggal.Gua keluar saja bilik terus pecut pergi dapur.Baru gua teringat yang gua tidak makan sejak semalam.Itulah bahana main Psp.Gua makan.

Selesai makan malam.Gua duduk di sofa.Gua capai alat kawalan jauh astro.Gua tukaar saluran piala dunia.Perlawanan yang sedang berlangsung adalah antara Pasukan serbia dan ghana.Gua tgk stadium kurang 'havoc'nya.Makwe-makwe seksi pun kurang,yang banyak makwe-makwe awang hitam yang boleh menutup selera makan.

Gua tukar saluran lain.Gua tekan buatang 1,3 dan 1.Cerita yang sedang bersiaran ialah PGL.Gua layan.Antara sebab gua layan cerita PGL:

1)Gua nak tengok Tiara dengan m.nasir
2)Dah tak da cerita lain'dah
3)Adik kecik gua nak layan jugak.

Sedang hang tuah berlari-lari menaiki Gunung ledang sebab nak jumpe gusti putri dia.Dengan tak semena-mena pintu rumah gua diketuk.Gua syak adik kembar gua.HAH,sangkaan gua betul.Memang betul adik kembar gua yang baru tiba dari kampung.Adik gua bersalaman dengan mak dan abah gua.Gua boleh lihat air muka gembira abah gua disaat tibanya anak jantannya kembali ke pangkuannya.Gua terharu.Sudah agak lama gua tidak lihat air muka abah sebegitu rupa.Gua hampir minitiskan air mata gembira,tapi gua kaver macho,gua tahan kasi tak keluar.

Gua gembira dengan kedatangan adik gua.Lengkaplah kami 5 bersaudara.Gua dah malas nak tulis.gua nak pekena neskepe tarik sama roti bakar.Dua perkara tu memang solid bagi gua.

Hari minggu

Hari ini rutin gua agak berlainan daripada hari-hari lain.Selepas england tidak memenangi perlawan semalam gua rasa hampa.Nak tido,tidak mengantuk.Jadi gua mengambil keputusan untuk berjaga.Perlawanan tamat jam 4.25.Gua capai alat kawalan jauh tv gua tekan butang off.Gua pecut pergi dapur carik benda makan.Tak da selera pula.

Gua kembali ke sofa di ruang tamu.Gua duduk.

"Nak buat apa?",bisik gua buntu.

Sedang gua memandang-mandang keadaan rumah,gua ternampak PSP berdekatan dgn Tv 42 inci gua.Gua capai Psp,gua lari masuk bilik bujang gua yang agak tidak kemas kalau dilihat dengan mata kasar,gua tekan suis lampu,kunci pintu,gua landing.Gua main benda alah tu sampai awal pagi.Sedang gua asyik menekan-menekan punat Psp,gua teringat yang mak gua nak berjoging awal pagi ini.Gua lihat jam telefon bimbit 2630 gua pukul 6.45,gua dengan pantas pecut bilik mak gua yang berada tidak jauh dari bilik bujang gua.Gua buka pintu,gua masuk gua kejut mak gua.Dalam kira-kira 8 kali juga gua cuba mengejut mak gua tapi tidak berhasil.Akkhirnya,pada cubaan yang 15 mak gua bangun juga.

"Mak kata nak joging jom ah",kata gua sopan

"Pukul berapa dah?",tanya mak gua

"6.45",jawab gua."

"ok tunggu ibu siap",balas ibu gua.

Selepas siap semuanya gua,mak gua,dan adik gua berjoging la dalam jarak kira-kira 70 km dari rumah.Kami mengambil keputusan untuk berjoging jarak jauh.Bla,bla,bla,bla seleai joging.Kami berlari menuju pulang ke rumah.Masa yang diambil tidak lah lama,dalam 15 minit saja.

Sampai di rumah,gua diminta menjemur kain gua yang lupa di jemur semalam.Gua dengan suka hati dan sangap nak tidur jemur kain di jemuran yang terletak 10 meter dari rumah gua.

Selesai jemur,gua di arah menyapu rumah dan membuang sampah pula.Gua mula rasa tidak puas hati.Tapi tak mengapa,gua buat sebab gua abang yang baik dan berwibawa serta berkarismak.

Siap semuanya gua pecut masuk bilik bujang gua,gua tekan suis kipas volum 3,tepuk nbantal peta malaysia gua kasi empuk,gua landing.

Jam 12.12 gua bangun.Antara sebab gua bangun:

1)Bunyi lagu indon di radio yang terlalu kuat di pasang mak gua
2)Mak dan bapak gua dah pekik gua suruh bangun
3)Adik gua merengek sebab kereta mainan yang baru dibeli sudah barai.

CELAKA

Gua bangun,gua capai tuala,gua pecut masuk bilik air.Siap mandi,gua sarung seluar pantai,gua capai Psp,gua main sampai gua bosan.Jam 2 gua keluar untuk berhadapan komputer riba.Seperti biasa,gua menyiapkan kerja-kerja pengkeranian fesbuk dan myspace.Jam 3 gua santap santapan yang sudah tersedia di atas meja.Selesai makan,gua layan cerita SENIMAN BUJANG LAPOK bersama ayah gua yang memang tak miss cerita P.RAMLEE.Tak lama selaps itu,gua sambung semula kerja-kerja pengkeranian fesbuk dan myspace.Siap kerja pengkeranian gua rasa nak tulis cerita pasal hari ini.Dan inilah hasilnya