Thursday, July 1, 2010

HKS

HKS ialah singkatan kepada Hari Koperasi sekolah.Bukannya jenama atau stiker yang selalu lu orang nampak tertampal di kereta sport tu.Gua menghadapi hari ini dengan penuh liku dan cabaran.Sebernanya tidak lah mencabar sangat,tapi bolehla.

Pelbagai pengalaman menarik yang gua rasa boleh di ceritakan di blog gua ni.Hari koperasi sememangnya hari yang ditunggu-tunggu oleh gua.Sebabnya ialah:-


-Dapat mengeratkan silaturahim antara guru dan murid.
-Dapat bermesra bersama makwe-makwe serta amoi-amoi.
-Dapat habuan lumayan,menolong cikgu menjual di gerai(sebernanya satu haram gua tak dapat)
-Dapat letih

Jam 6.11 gua bangun dengan keadaan yang bersemangat untuk ke sekolah.Gua mandi pun bersemangat.Gua pakai baju pun bersemangat.Senang cerita,hari tu memang gua bersemangatlah.Jam 7.15 gua bergerak menuju ke sekolah.Gua jalan dengan bersemangat dan berwawasan 2020.Sesampai saja gua di sekolah,keadaan memang 'havoc'dengan budak-budaknya yang ramai.Gua terhiling-hiling mencari kutu-kutu untuk di ajak lepak.Akhirnya gua jumpa juga kutu-kutu ni.Rupanya mereka sedang bergurau senda di tapak perhimpunan.Celaka,selalunya lepak di tempat lain,tapi haritu portnya di tapak perhimpunan pula.Tapi takpa,gua tak kesah sebab hari tu memang gua happy.Gua salam kutu-kutu yang sedang asyik berborak tentang piala dunia.Gua berdiri di sebelah kutu merangkap penyokong jerman yang setia.Gua malas cerita pasal kutu-kutu ni.Buang masa saja.

***

Bermulanya perhimpunan hari koperasi,macam biasa budak-budak diarah beratur mengikut tingakatan.Gua berbaris dengan kutu-kutu di belakang.Lagu kebangsaan dinyanyikan,diikuti lagu negeri selangor yang gua tak hafal liriknya sampai sekarang,tapi kalau nyanyi ramai-ramai boleh la.Pengawas pakai kaca mata hitam merangakap pengerusi majlis memulakan majlis.Beliau memanggil seorang kutu untuk membaca perutusan menteri-mentara yang entah hapa kejadah entah yang diutusnya.Gua dan kutu-kutu di belakang berborak pasal makwe.Selepas setengah jam kutu di depan membaca perutusan menteri,akhirnya tiba acara kemuncak perhimpunan iaitu kuis menjawab soalan pasal hari koperasi.Soalan ketiga diutarakan kepada tingkatan tiga.Gua dengar soalan yang diberikan dengan berhati-hati.Soalanya bebunyi"namakan tiga guru koperasi?".Sebaik saja habis perkataan yang terakhir gua bingkas mengangkat tangan untuk menjawab.Gua dengan menggunakan kelajjuan sederhana terus pecut ke pentas.Gua tarik-tarik sikit baju belakang kasi kemas.Gua capai mikrofon,gua jawab.

"ustaz fauzi,cikgu yusliza,dengan cikguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu emmmmmm ha! cikgu azamawati",jawab gua tak berapa nak ekselen.

"KURANG TEPAT,kata cikgu aziah.

"emmmmm haaa cikgu sendiri la",balas gua balik

"nama cikgu sapa?",tanya cikgu aziah lagi

Budak-budak form 5 merangakap gengste sekolah mentertawakan gua.Gua senyum nipis saja.Gua pandang cikgu syafinas yang duduk berdekatan dengan pentas.Cikgu syafinas pun pandang gua dengan senyum nampak gigi.Bunyi ejekan sudah mula gua dengar.Gua pandang cikgu syafinas lagi.Kali ni di menggerak-gerakkan mulut nye macam orang tua kunyah sirih.Rupanya,beliau sedang cuba bagitau gua nama cikgu yang last tu.Huh.Gua tenung mulutnya dengan teliti,sambil tu budak-budak form 5 merangakap gengster sekolah makin galak mengejek gua.Gua tak peduli tu semua.PAP.Akhirnya gua dapat membaca gerakan mulut cikgu syafinas.Lantas gua terus menjawab

"ha cikgu aziah!",jawab gua ekselen

"ok betul",kata cikgu aziah sambil senyum nipis

Ada ke gua boleh lupa nama cikgu tu..wadduuhhh
Gua diberikan sebuah hadiah oleh ustazah yang ditugaskan bagi hadiah masa tu.Gua malas nak cakap banyak pasal perhimpunan.Selepas tamat perhimpunan,semua ahli-ahli kelab dan persatuan bergegas ke gerai menyiapkan bahan-bahan.Gua terhiling-hiling mencari guru feveret gua iaitu Puan wan salmizan merangkap guru matematik gua dan juga bos gua pada hari tu.Gua jumap beliau di gelanggang badminton dan takraw belakang banguan blok d.Gua menuju ke arah cikgu wan
"ha cikgu,saya dah bawak hadiah sya,seperti yang dijanjikan",sergah gua.Gua dah buat deal dengan cikgu wan nak bawak hadiah satu.Gua tepati janji.Gua bawak sebuah topi kotak kotak warna hitam putih.Gua jual sebab:-

-topi tu dah season.
-macam gampang
-tak sesuai langsung dengan gua.
-menyemak dalam almari
-macha dah ramai gilakan cap camtu
-gua naek nyampah tengok

Berbalik kepada cerita,gua menyerahkan cap season gua tu kepada cikgu wan.Cikgu wan menerimanya dengan senyuman manis seraya mengucapkan terima kasih kepada gua.Gua diarah cikgu wan untuk mengambil tilam hapa entah di stor sukan.Gua turut saja tanpa banyak cerita.Gua bergegas ke stor sukan yang berda tidak jauh dari lokasi gerai gua.Gua angkat tilam berwarna biru gelap seraya mencarut sebab tilam tu berat sangat.Tapi gua gagahkan juga.Gua tak sanggup dipandang rendah oleh makwe-makwe di luar.Gua angkat tilam dengan penuh semangat dan steady.Gua pandang depan saja.Malah makwe-makwe yang menegur gua gagah tidak dihiraNasib baik juga tidak jauh sangat jarak antara stor dengan gerai.

Selepas siap peralatan dan segala hapa bahan ,gua dan kutu bernama rusydi memualakan perniagaan permainan dengan bacaaan bismillah dan senyuman manis yang boleh mencairkan hati makwe-makwe yang berkeliaran dengan tak tentu hala di perkarangan sekolah.Pada mulanya agak susah juga hendak mencari pelanggan.Tapi selepas membuat promosi gua berjaya menarik seorang makwe untuk diajak main.Permaina yang gua tawarkan adalah menyungkit bola hoki masuk kedalam gelung hulahup dan golf bawa sial.Makwe tu memilih utnuk menyungkit bola hoki kedalam gelung hulahup.Bayaran yang dikenakan ialah 1 ringgit 3 kali try.Tapi sebab gua suka makwe tu gua bagi 1 ringgit 4 kali try.Boss gua iaitu cikgu wan menunjukan tandaibu jari ke atas bermaksud boleh la.Mengikut informasi yang diberikan oleh kutu rusydi,makwe tu form 4.Tapi takpa gua tak kesah,yang penting peniagaan gua jalan dengan lancar.Akhirnya makwe tu tak dapat masuk satu pun.Gua memberikan hadiah sagu hati iaitu sebatang pen kilometriko berwarna hitam kepada makwe tu.Makwe tu blah dengan muka tak puas hati.kah kah

***

tepat jam 12,cikgu wan mengarahkan gua dan kutu sebelah gua mengemas gerai.Gua yang masa tu tengah sedap baring atas tilam sambil layan lagu WAKA WAKA bingkas bangun seraya mengesat tahi mata.Kutu sebelah gua haram nak tolong.Gampang.Selepas siap mengemas semuanya.Gua mengira keuntungan hasil jualan.Semuanya gua dapat hanya 35 hengget.Celaka.Dahla bayar sewa tapak kedai dengan khemah 30 hengget.Jadi untung jualan hanya 5 hengget aje.Gua rasa pancit saja tayar kereta cikgu yang mintak bayar sewa tu.Nasib baik gua mendapat 2 kotak hadiah dari cikgu su,sebab gua an kutu setia menjaga gerai dan tak pernah lari pun.Gua balik kerumah dengan senyuman manis.Pak gurad yang jaga pintu gate apatment gua tu sangka gua ni gila.Gua tak peduli tu suma,yang penting gua dapat hadiah.Lagi satu cap yang gua nak jual tu takda orang beli pun.gampang betul.Gua terpaksa bawak balik rumah.Dan simpan balik dalam almari.Celaka.