Saturday, June 12, 2010

Piala Dunia 2

Tepat jam 1 pagi gua seperti biasa sedang menyiapkan kerja-kerja pengkeranian fesbuk dan juga myspace gua.Dalam masa yang sama juga,Tv 42 inci gua sedang bersiaran cerita omputih.Entah apa entah tajuknya cerita itu.Gua capai alat kawalan jauh yang berada tidak jauh dari gua.Gua tekan butang 8,0 dan 5.Gua tekan butang 'info'.Gua tengok perlawanan antara ENGALND DAN USA akn bermula dalam 1 jam saja lagi.

Gua dengan pantas daftar keluar semua akaun fesbuk,myspace,Yahoo messenger,maybank dan yutiub.Gua bagi peluang adik perempuan gua yang berumur 13 tahun pula untuk membuat kerja pengkeranian fesbuk beliau.Gua pecut pergi dapur,seperti biasa gua buat air neskepe dan roti bakar untuk bekal semasa menonton perlawanan nanti.

Akhirnya,waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba,perlawanan antara ENGLAND DAN USA akan bermula.

Rusternberg nampaknya yang menjadi 'venue'perlawanan antara England dan Usa.Gua lihat stadium sangat 'havoc'dgn penyokong-penyokong dari kedua pasukan.Harapan gua untuk pasukan 'favourite' gua iaitu england adalah permainan yang laju,hantaran cun,dan aksi lima bintang dari pemain-pemainnya.

Pengadil melangkah keluar dari terowong,diikuti pemain-pemain dari kedua pasukan.Pemain berbaris panjang bersama pengadil perlawanan dengan muka berseri-seri dan berkilau.Masing-masing dengan baju yang baru,seluar yang baru,kasut buat pun mungkin baru.Gua dapat 'feel' yang perlawanan akan menjadi perlawanan yang menarik.

Preeepppppp,wisel ditiup menanadakan perlawanan bermula.Seperti biasa gua susun kusyen kasi double.Gua rileks duduk atas sofa.Gua lihat kelibat-kelibat penyokong dengan macam-mcam gaya dan kerenah,termasuklah makwe-makwe seksi.

Gua harap England dapat skor gol pertama.Sangkaan gua tak meleset kali ni.Gerrard menjaringkan gol pertama perlawanan dan juga england.Stadium menjadi semakin 'hvoc' dengan sorakan penyokong.Gua semakin bersemangat menonton.Gua dapat 'feel' yang england akan menang.Tapi sangkaan gua melesest kali ni.Pada minit ke 40 Dempsey menjaringkan gol penyamaan untuk usa.Celaka.

preeeeppp,wisel panjang dibunyikan pengadil,menandakan tamatnya separuh masa yang pertama.

Piala Dunia

Jam 10 malam.Seperti biasa TV berukuran 42 inci sudah terpasang di ruang tamu.Gua capai alat kawalan jauh TV di sofa.Gua duduk.Gua tukar saluran yang menyiarkan perlawanan piala dunia 2010.Sebelom gua setat tonton,gua pergi dapur untuk buat air neskepe dan roti bakar.Untuk bekal.Siap semuanya gua kembali ke sit gua.Gua susun kusyen kasi double.Jarak gua dgn tv kira-kira 5 kaki.Gua kira tu lah jrak yang paling relevan sekali buat gua untuk menatap tv yang berukuran agak luas itu.


Keadaan stadium johannesburg ketika itu agak Havoc.Tapi gua perasan ada juga sit-sit yang kosong.Perlawanan adalah antara AFRIKA SELATAN DAN MEXICO.Wisel pengadil dah berbunyi menandakan bermulanya perlawanan yang pertama piala dunia.


Kira-kira dlm sepuluh minit selepas itu.Setan-setan durjana mula menghinggap di bulu mata gua.Gua bengang.celaka betul setan ini.Gua capai air neskepe yang berdekatan,gua minum kasi hilang mengantuk.


"Huuuuhhh",.gua lega


***

Bla bla bla bla bla bla.wisel panjang berbunyi.Gua pikir tu tandanya da masuk wktu rehat.Bekalan air neskepe dan roti bakar gua sudah kehabisan.Gua sudah tak tahan.Gua capai alat kawalan jauh,gua tekan butang 'off'.Gua masuk bilik,pasang kipas mengikut kelajuan yang di tetapkan.Gua landing.


Keesokan harinya gua dapat tahu diorang seri.Gua dah agak dah.Ada pontianak bagi tahu gua sebelum gua tido semalam.Peratus perlawanan gua bagi 3 bintang.

Friday, June 11, 2010

About / Perihal

About / Perihal

Pelabuhan Kelang

Jam menunjukkan pukul 2.45.Gua seperti biasa ada dihadapan komputer riba sedang membuat kerja-kerja pengkernian myspace dan fesbuk.

"Treikkkkk",bunyi pintu bilik yang di buka abah gua.Dia keluar lalu berkata,

"Sebelom pukul 4 nanti siap-siap ikut abah",kata abah gua.

"hemmm ok",jawap adik-adik gua.

Gua pun apa lagi,cepat-cepat la bersiap.Gua terus cabut brodband tapi tidak menutup komputer.
sekarang ni kalau keluar pergi jalan di bandar KL,tidak boleh lagi memakai selipar jepun,malu gua.Dressing misti semat.Pakai kasut.T-shet misti fit.
Benda pertama yang gua cari apabila hendak keluar pergi mana-mana ialah bokser gua.Gua cari di bilik gua,tak da.Gua cari di timbunan kain atas kerusi di ruang tamu tak da juga.Celaka betul.Akhir sekali gua cari di jemuran diluar,

"haaa,nasib baik da",bisik gua lega

Selepas siap semuanya,tepat jam 4 gua dan keluarga keluar la.Destinasi kami ialah pelabuhan klang yang terletak 10000 km jauhnya.celaka,jauh sungguh.Dalam perjalanan ke destinasi,kira-kira dlm 19 kali juga kepala gua terhantuk pada cermin kereta sebab mengantuk.Bayangkan betapa jauhnya destinasi yang hendak dituju kami.

Akhirnya,pada pukul 8.21 malam sampai juga gua di pelabuhan klang.Sementara abah mencari ruang parkir,gua usha juga tempat tu.Gua lihat kiri kanan depan belakang,gua usha punya usha tak jumpa apa.

"Ceh apa punya tempat la ni,penat saja gua dressing semat-semat".keluh gua kesal.

Sampai di restoran,gua mula kaver2 macho.Gua selak-selak siket baju,gua betulkan siket sepatu north star gua kasi kilat.Fuhhhh,gua rase gua lah yang paling semat kat situ.Gua pun berjalan masuk ke dlm restoran.Restoran tu nama MUARA IKAN BAKAR.Patutla,gua masuk bau ikan saja.Apa lagi,gua pun makin bersemangat nak makan.Dapat saja port,gua pun duduk.FUUUUUUHHHHH,Dia punay port,terbaekkkkkkkk.Tepi pantai.

Selepas siap order,gua memutuskan untuk jalan-jalan di tepi pantai cari awek.Hasrat gua hancur,sorang awek pun haram tak da.Celaka.


Gua kembali ke port.Gua terkejut.Sebab makanan yang di oder sudah siap di letak atas meja.Gua pun apa lagi,terkam la semua benda.Sedang gua syok menerkam dan membaham,tiba-tiba berduyun-duyun lalat,nyamuk dan segala macam haiwan terbang datang menganggu ketenteraman gua makan..celaka btul.Gua ambil botol air bedekatan,gua ketuk sekor-sekor dgn botol air mineral cap lembu.Air tu memang rasa lembu.



selesai gua makan,gua pun mula rasa tidak keruan.Perasaan mengantuk mula datang mencangkung di mata gua.Huhhh,mengantuk gila masa tu.Gua rasa kalau ada sofa berdekatan,gua landing saja di situ,gua peduli apa tokeh restoran.Tapi nasib baik dalam 30 minit selepas tu,abah gua pun rasa tidak keruan.HAHA,gua rasa misti abah gua
mengantuk juga.Tu tandanya,gua dan keluarga akan bergerak menuju pulang ke BSD.

Tepat jam 11.56 gua sampai di pintu rumah.Time tu gua dan adik-adik memang da sangap nak tidoq.Masuk saja rumah,gua pecut masuk bilik.Gua tanggal baju,terus landing atas bantal peta malaysia dan atas tilam nipis gua.

Thursday, June 10, 2010

Pagi yang terang

Lagu sm.salim berkumandang dengan kuat sekali.Kekuatan bunyi lagu itu memang tak dapat di sangkal lagi,iaitu bunyi telefon bimbit gua yang berjenama Nokia 2630.Gua pun terpaksa mencelikkan mata kerana tidak dapat tahan dengan suara sm.salim yang sebenaranya pada gua tak sedap langsung.Gua bangun lalu mengambil telefon bimbit gua yang berada di lantai.Gua rasa telefon bimbit gua bergegar,gua sangka 'alarm' telefon,tetapi sangkaan gua meleset.Rupanya sebuah panggilan dari mak gua yang sedang bkerja di pejabat.

"Masyallah",.jerit gua berterabur

Jam menunujukkan pukul 11.48 pada telefon bimbit gua.Gua jadi kucar kacir,gua cuba memikirkan macam mane hendak menelesaikan masalah yang gua hadapi ketika itu.

"TING",bunyi lampu yang berwarna oren tepat atas kepala gua.Itu tandanya gua sudah mendapat idea.Gua sudah pun mendapat satu akal.

Gua pun tekanlah butang 'answer' di telefon.Gua punya idea ialah membuat suara macam dah lame bangun tidur.Suara gua kalau bangun tidur dengan dah lame tidur lain.Kalau bangun tidur suara gua ala-ala EN.LIM SIN KHWAI.Beliau ialah cikgu kemahiran hidup gua yang suaranya kasar dan besar gila.Kalau sudah lame bangun tidur,suara gua ala-ala MATTHEW BELLAMY siket.Mat salleh ni pulak ialah vokalis sebuah kumpulan musik.

Berbalik kepada cerita tadi,gua jawap panggilan,gua cakap..."helo!,heelllllloooooo".

Sepi

Gua berasa pelik,dlm hati berbisik

"asal takde orang cakap pulak,mana ibu ni",bisik gua pelik

Beberapa saat selepas itu,ibu gua mula bersuara,dia bertanya,

"Ha da bangun dah?!",tanya ibu gua,gayanya macam marah

"Baru bangun bu",jawap gua berterabur

Di saat itu jugak semua idea yang timbul hancur.celaka sungguh..gua sendiri yang buat 'kantoi'gua bangun lambat.

Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan (Female-Full Version)



Lagu ni betul-betul buat gua nangis..kah kah kah

Kesusahan mencipta blog

Ini hari ialah hari yang paling bersejarah bagi gua.Gua telah berjaya mencipta sebuah blog yang bernama LEPAK SAMA GUA.Amacam ganas tak nama blog gua?

Sebelum ini,gua cuba mencari kutu2 utk dijadikan teknisyen blog gua,celaka semuanya sombong.Segala macam usaha telah gua lakukan untuk mencari teknisyen blog ini.Antaranya,menampal poster di tepi warung pak lang,kedai mamak yang berdekatan termasuklah kafe saiber yang selalu gua kunjungi ketika hendak menuju ke pusat tusyen,tidak lupa juga termasuklah memaparkan iklan di myspace gua,kelulusan yang gua tetapkan tidaklah tinggi,tapi entah mengapa kutu2 myspace ni tidak mahu bekerjasama dengan gua.Tetapi usaha gua sia-sia belaka..celaka

Akhirnya,tepat pukul 12 tengah malam tadi,gua cipta juga blog yang tak seberapa ni.Mak bapak gua haram tak tahu.Sebelum mencipta,gua baca sejenak blog bapak sedara gua yang tak berapa nak kamceng dan tidak pernah betegur sapa sejak gua lahir.Tapi gua 'still' panggil dia bapak sedara gua.Blognya berjudul HILANGPUNCA.Gua baca dengan penuh teliti.Gua meneliti semua ayat yang digunakanya.Masa itu jugalah 'spirit' gua sedang membuak-buak untuk tulis blog.

tuk! tuk! tuk!

Gua memandang pintu rumah gua.Rupanya abah gua yang baru balik dari membaca surah yasin dan sdikit cermah agama dari pejabatnya.Jam menunjukan pukul 11:55,abah gua memanggil gua dan terus berkata,

"along kunci grel".

"hah ok",jawab gua sopan.

Gua yang menuruti arahan abah,terus mngambil kunci rumah yang tergantung di dinding berdekatan lalu pergi mengunci grel.Mengunci grel adalah tanggungjawab gua.Pernah sekali gua tidak melakukan kewajipan itu,gua dimarahi oleh abah.Gua haram tak dengar,sebab masa itu pagi,jadi gua dgn mata penuh dengan gula-gula,mulut melekit ada air raibina terus melangkah masuk kedlam blik air gua.

Berbalik kepada cerita blog,semasa sedang mengunci,terlintas di fikiran gua."aku nak buat blog lah", dengan tak semena-mena gua kata.

Sejurus selepas itu,guabergegas ke komputer riba yang berada di hujung rumah berdekatan dengan tingkap.Gua taip laman sesawang untuk membuat blog.Lalu cepat gua menaip dan mengisi akaun yg dikehendaki.Dlm kira2 sepuluh kali juga gua cuba tak jadi,celaka.Tetapi setalah membaca "BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM",terus gua berjaya.Baru gua tahu berkat membaca basmalah sebelum membuat sesuatu perkara.Akhirnya setalah selesai semuanya gua pun sampai ke 'step' mereka nama blog.Macam-macam nama blog gua letak,semuanya tak kreatif dan tidak menepati citarasa gua.Akhirnya gua mendapat satu nama,iaitu LEPAK SAMA GUA.

Setalah berjaya,gua pun 'setat' menulis blog.....dan inilah hasilnya...