Thursday, June 10, 2010

Kesusahan mencipta blog

Ini hari ialah hari yang paling bersejarah bagi gua.Gua telah berjaya mencipta sebuah blog yang bernama LEPAK SAMA GUA.Amacam ganas tak nama blog gua?

Sebelum ini,gua cuba mencari kutu2 utk dijadikan teknisyen blog gua,celaka semuanya sombong.Segala macam usaha telah gua lakukan untuk mencari teknisyen blog ini.Antaranya,menampal poster di tepi warung pak lang,kedai mamak yang berdekatan termasuklah kafe saiber yang selalu gua kunjungi ketika hendak menuju ke pusat tusyen,tidak lupa juga termasuklah memaparkan iklan di myspace gua,kelulusan yang gua tetapkan tidaklah tinggi,tapi entah mengapa kutu2 myspace ni tidak mahu bekerjasama dengan gua.Tetapi usaha gua sia-sia belaka..celaka

Akhirnya,tepat pukul 12 tengah malam tadi,gua cipta juga blog yang tak seberapa ni.Mak bapak gua haram tak tahu.Sebelum mencipta,gua baca sejenak blog bapak sedara gua yang tak berapa nak kamceng dan tidak pernah betegur sapa sejak gua lahir.Tapi gua 'still' panggil dia bapak sedara gua.Blognya berjudul HILANGPUNCA.Gua baca dengan penuh teliti.Gua meneliti semua ayat yang digunakanya.Masa itu jugalah 'spirit' gua sedang membuak-buak untuk tulis blog.

tuk! tuk! tuk!

Gua memandang pintu rumah gua.Rupanya abah gua yang baru balik dari membaca surah yasin dan sdikit cermah agama dari pejabatnya.Jam menunjukan pukul 11:55,abah gua memanggil gua dan terus berkata,

"along kunci grel".

"hah ok",jawab gua sopan.

Gua yang menuruti arahan abah,terus mngambil kunci rumah yang tergantung di dinding berdekatan lalu pergi mengunci grel.Mengunci grel adalah tanggungjawab gua.Pernah sekali gua tidak melakukan kewajipan itu,gua dimarahi oleh abah.Gua haram tak dengar,sebab masa itu pagi,jadi gua dgn mata penuh dengan gula-gula,mulut melekit ada air raibina terus melangkah masuk kedlam blik air gua.

Berbalik kepada cerita blog,semasa sedang mengunci,terlintas di fikiran gua."aku nak buat blog lah", dengan tak semena-mena gua kata.

Sejurus selepas itu,guabergegas ke komputer riba yang berada di hujung rumah berdekatan dengan tingkap.Gua taip laman sesawang untuk membuat blog.Lalu cepat gua menaip dan mengisi akaun yg dikehendaki.Dlm kira2 sepuluh kali juga gua cuba tak jadi,celaka.Tetapi setalah membaca "BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM",terus gua berjaya.Baru gua tahu berkat membaca basmalah sebelum membuat sesuatu perkara.Akhirnya setalah selesai semuanya gua pun sampai ke 'step' mereka nama blog.Macam-macam nama blog gua letak,semuanya tak kreatif dan tidak menepati citarasa gua.Akhirnya gua mendapat satu nama,iaitu LEPAK SAMA GUA.

Setalah berjaya,gua pun 'setat' menulis blog.....dan inilah hasilnya...

2 comments:

  1. inilah hasi titik peluh ameer ! hahah ..
    aku bangga dgn kauu :)

    ReplyDelete