Friday, June 18, 2010

helikopter

Hari ni abah gua balik kerja dengan baju tak masuk dalam seluar.Selalunya dressing abah gua dari pagi sampai balik kerja memang "tip top",smart,sampai pernah sekali cikgu bahasa inggeris gua kata macam pegawai bank.Fuhh bangga gua.Tapi hari ini kurang sikit dressingnya,baju kemeja berlambangkan perodua terkeluar habis.Abah gua pulang dengan membawa senyuman manis sambil membawa kotak panjang dan juga sebuah helikopter kawalan jauh.Gua tak shock sangat,sebab gua dah tau.Adik lelaki bongsu gua yang sedang asyik bermain psp memandang dengan mata kecik je.Gayanya macam buat-buat tak peduli saja tentang helikopter yang baru dibeli tu.

Abah gua membuat demonstrasi percuma dengan membuat sedikit penerbangan tanpa jadual yakni penerbangan haram di ruang tamu.Sekali lagi gua lihat adik gua,pandang mata kecik saja,gayanya macam malu.Nak kene lemapang pun ada.Tapi perhatian gua terus beralih selepas penerbangan berjaya selepas sekian lama mencuba.

Selepas terbang dalam 7 saat setengah abah gua melandingkannya.Sejurus lepas tu abah gua letak helikopter barunya di atas apa entah gua pun tak tau.Adik laki bongsu gua buat pandang sipi-sipi saja.Gua yang tengah kagum gila babi ni,terus capai kotak helikopter tersebut,gua cari sepesifikasinya tapi tak da.Agaknya ada dalam buku panduan.Tak pa,gua pun usha2 heli yang wrana hijo tu,usha punya usha kira not bad la heli ni.

Petang sikit abah gua bawak heli main kat luar,kwasan lapang.Abah gua punya tune,lu orang jangan tanya,baeeekkkkk punyaaa!!.Siap tune,abah gua membuat penerbangan.Kali ni penerbangannya mengikut jadual dan tempat.Gua usha dari dalam rumah saja,malu.keh keh keh.

Maka terbanglah helikopter berwarna hijau muda ke angkasa.Itupun selepas enatah berapa kali menncuba.Kali ini penerabangan agak tinggi.Tinggi lima tingkat apatmen gua.Memang tinggi la.Lepas dah terbang tinggi.Abah gua misti mahu landingkan.Terbang dah cantik tapi dia punya landing lu orang jangan tanya.

kedegannnngggggg!,bunyi heli jatuh atas rumput.Gua ketawa di tingkap dapur.KAH KAH KAH

4 comments: