Sunday, June 13, 2010

Hari minggu

Hari ini rutin gua agak berlainan daripada hari-hari lain.Selepas england tidak memenangi perlawan semalam gua rasa hampa.Nak tido,tidak mengantuk.Jadi gua mengambil keputusan untuk berjaga.Perlawanan tamat jam 4.25.Gua capai alat kawalan jauh tv gua tekan butang off.Gua pecut pergi dapur carik benda makan.Tak da selera pula.

Gua kembali ke sofa di ruang tamu.Gua duduk.

"Nak buat apa?",bisik gua buntu.

Sedang gua memandang-mandang keadaan rumah,gua ternampak PSP berdekatan dgn Tv 42 inci gua.Gua capai Psp,gua lari masuk bilik bujang gua yang agak tidak kemas kalau dilihat dengan mata kasar,gua tekan suis lampu,kunci pintu,gua landing.Gua main benda alah tu sampai awal pagi.Sedang gua asyik menekan-menekan punat Psp,gua teringat yang mak gua nak berjoging awal pagi ini.Gua lihat jam telefon bimbit 2630 gua pukul 6.45,gua dengan pantas pecut bilik mak gua yang berada tidak jauh dari bilik bujang gua.Gua buka pintu,gua masuk gua kejut mak gua.Dalam kira-kira 8 kali juga gua cuba mengejut mak gua tapi tidak berhasil.Akkhirnya,pada cubaan yang 15 mak gua bangun juga.

"Mak kata nak joging jom ah",kata gua sopan

"Pukul berapa dah?",tanya mak gua

"6.45",jawab gua."

"ok tunggu ibu siap",balas ibu gua.

Selepas siap semuanya gua,mak gua,dan adik gua berjoging la dalam jarak kira-kira 70 km dari rumah.Kami mengambil keputusan untuk berjoging jarak jauh.Bla,bla,bla,bla seleai joging.Kami berlari menuju pulang ke rumah.Masa yang diambil tidak lah lama,dalam 15 minit saja.

Sampai di rumah,gua diminta menjemur kain gua yang lupa di jemur semalam.Gua dengan suka hati dan sangap nak tidur jemur kain di jemuran yang terletak 10 meter dari rumah gua.

Selesai jemur,gua di arah menyapu rumah dan membuang sampah pula.Gua mula rasa tidak puas hati.Tapi tak mengapa,gua buat sebab gua abang yang baik dan berwibawa serta berkarismak.

Siap semuanya gua pecut masuk bilik bujang gua,gua tekan suis kipas volum 3,tepuk nbantal peta malaysia gua kasi empuk,gua landing.

Jam 12.12 gua bangun.Antara sebab gua bangun:

1)Bunyi lagu indon di radio yang terlalu kuat di pasang mak gua
2)Mak dan bapak gua dah pekik gua suruh bangun
3)Adik gua merengek sebab kereta mainan yang baru dibeli sudah barai.

CELAKA

Gua bangun,gua capai tuala,gua pecut masuk bilik air.Siap mandi,gua sarung seluar pantai,gua capai Psp,gua main sampai gua bosan.Jam 2 gua keluar untuk berhadapan komputer riba.Seperti biasa,gua menyiapkan kerja-kerja pengkeranian fesbuk dan myspace.Jam 3 gua santap santapan yang sudah tersedia di atas meja.Selesai makan,gua layan cerita SENIMAN BUJANG LAPOK bersama ayah gua yang memang tak miss cerita P.RAMLEE.Tak lama selaps itu,gua sambung semula kerja-kerja pengkeranian fesbuk dan myspace.Siap kerja pengkeranian gua rasa nak tulis cerita pasal hari ini.Dan inilah hasilnya

No comments:

Post a Comment