Sunday, June 13, 2010

Kembar

Azan magrhib berkumandang.Gua yang baru selesai menunaikan perkara wajib iaitu mandi duduk di sofa.Seperti yang gua cerita sebelum ini,Tv 42 inci dengan paparan definisi tinggi gua sedang bersiaran.Gua bosan.Gua pecut masuk bilik.Gua capai Psp,gua main.Permainan yang menjadi kegemaran gua ialah,PES.Sebuah permainan bola sepak.Semenjak bermulanya cuti semester ini,Psp lah yang menjadi teman gua siang dan malam.Gua pun tidak tahu mengapa.

Gua main benda alah itu sampai jam 10.Itulah rutin yang gua tidak pernah tinggal.Gua keluar saja bilik terus pecut pergi dapur.Baru gua teringat yang gua tidak makan sejak semalam.Itulah bahana main Psp.Gua makan.

Selesai makan malam.Gua duduk di sofa.Gua capai alat kawalan jauh astro.Gua tukaar saluran piala dunia.Perlawanan yang sedang berlangsung adalah antara Pasukan serbia dan ghana.Gua tgk stadium kurang 'havoc'nya.Makwe-makwe seksi pun kurang,yang banyak makwe-makwe awang hitam yang boleh menutup selera makan.

Gua tukar saluran lain.Gua tekan buatang 1,3 dan 1.Cerita yang sedang bersiaran ialah PGL.Gua layan.Antara sebab gua layan cerita PGL:

1)Gua nak tengok Tiara dengan m.nasir
2)Dah tak da cerita lain'dah
3)Adik kecik gua nak layan jugak.

Sedang hang tuah berlari-lari menaiki Gunung ledang sebab nak jumpe gusti putri dia.Dengan tak semena-mena pintu rumah gua diketuk.Gua syak adik kembar gua.HAH,sangkaan gua betul.Memang betul adik kembar gua yang baru tiba dari kampung.Adik gua bersalaman dengan mak dan abah gua.Gua boleh lihat air muka gembira abah gua disaat tibanya anak jantannya kembali ke pangkuannya.Gua terharu.Sudah agak lama gua tidak lihat air muka abah sebegitu rupa.Gua hampir minitiskan air mata gembira,tapi gua kaver macho,gua tahan kasi tak keluar.

Gua gembira dengan kedatangan adik gua.Lengkaplah kami 5 bersaudara.Gua dah malas nak tulis.gua nak pekena neskepe tarik sama roti bakar.Dua perkara tu memang solid bagi gua.

No comments:

Post a Comment